ICT Bogag
this site the web

FOTO ICT BOGAG

image
image
image
image
image

Pengenalan



Pusat ICT Kampung Bogag merupakan sebuah Pusat ICT yang ditubuhkan untuk membantu penduduk luar bandar supaya dapat bergerak seiring dengan masyarakat lain dalam arus pembangunan teknologi masa kini. Seperti yang kita sedia maklum, teknologi maklumat memainkan peranan yang begitu penting dalam kehidupan seharian kita. Hampir setiap aspek kehidupan masa kini adalah berteraskan teknologi maklumat. Walaubagaimanapun, tidak semua golongan mampu mendapatkan kemahiran dan juga menggunakan kemudahan IT. Menyedari hakikat ini, maka tertubuhnya Pusat ICT ini dan penubuhannya diharapkan dapat merapatkan jurang digital dalam komuniti yang memerlukannya.

Pusat ICT ini dilaksanakan di bawah program salam e-initiative oleh Yayasan Salam Malaysia dengan kerjasama dan sokongan daripada JKKK Kampung Bogag. Pusat ICT ini mula dibuka pada 1 Julai 2009 dan jumlah pelajar berdaftar di Pusat ICT ini pada ketika itu adalah seramai 41 orang. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah dan juga orang dewasa. Pada 2 Julai 2009 mesyuarat pertama Pusat ICT diadakan diantara ICT trainer dan JKKK kampung. Kelas ICT dilaksanakan sepenuhnya pada 6 Julai 2009.
  • Untuk lebih informasi sila rujuk ruangan Galeri dan Program kami....
Alamat Pusat ICT kami:

KM14 Jalan Serikin- Bau,
94000 Bau,
Sarawak.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Frankie Kiew(0135406630)

 

W3C Validations

Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus. Morbi dapibus dolor sit amet metus suscipit iaculis. Quisque at nulla eu elit adipiscing tempor.

Usage Policies